Sabtu, 7 Januari 2012

SEJARAH PERSEKUTUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM PULAU PINANG


          Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang. telah wujud semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1942.Ketika itu Pentadbiran dan pengurusan terhadap anak-anak yatimtidak teratur dengan sempurnanya. Keadaan ini telah berterusan hinggalah tahun 1995, bermula dari tahunitu juga, persekutuan ini telah didaftarkan dengan rasminya di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan damn mempunyai bangunan sendiri yang dibina atas sebidang tanah wakaf, di Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang.
         
          Persekutuan ini dikendalikan oleh badan yang dinamakanAhli Jawatankuasa Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang. Ahli Jawatankuasa ini bertanggunjawab secara langsung untuk menerima dan memelihara anak-anak yatim lelaki, yang mana mereka bukan sahaja anak-anak yatim dari negeri Pulau Pinang, malahan terdapat ramai diantara dari Negeri Kedah, Perak dan lain-lain negeri diterima menjadi penghu di Wisma Yatim ini, Ahli Jawatankuasa ini juga bertanggunjawab dan berusaha bagi mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai pengurusan di Wisma Yatim ini.

          Denagn inisiatif Ahli Jawatankuasa Persekutuan dibawah pimpinan Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Yusof Latiff, pada tahun 1985, diwujudkan pula sebuah bangunan yang dinamakan Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, di atas sebidang tanah yang dipajakkan oleh Kerajaan Negeri kepada Persekutuan ini, di Jalan Scotland, Pulau Pinang.







WISMA YATIM LELAKI ISLAM PULAU PINANG
173, Jalan Air Itam, 11400 Pulau Pinang









WISMA YATIM PEREMPUAN ISLAM PULAU PINANG
79, Jalan Scotland, 40450 Pulau Pinang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan