Ahad, 8 Januari 2012

ANDAI ITU TAKDIRNYA


RASMATIN ABDUL RAHMAN @ OTHMAN

     Bapanya sudah meninggal sejak dia masih kecil, sementara itu ibu pula lumpuh dan kemudian mengikut bapanya pulang ke Rahmatullah sejak dia berusia 11 tahun lagi. itulah takdir dan dugaan berat yang ditanggung Rasmatin Abdul Rahman @Othman, 17 mengenai kematian kedua orang tuanya.saya hanya ingat emak yang lumpuh ketika itu seronok menonton televisyen bersama saya, itulah di antara kenangan yang melekat kuat dalam ingatan. saya sudah tidak ingat apa kenangan lain bersama emak, kerana emak sudah tiada sejak saya masih kecil,hanya gambar kedua ibu bapanya yang tersimpan rapi dalam dompet.



MAS IDAYU ABDULLAH

     Saya rasa saya tidak mahu cari emak kandung saya lagi, demikian pengakuan iklas Mas Idayu Abdullah, 18 yang mula menghuni Wisma Yatim Islam Pulau Pinang sejak berusia 15 tahun. Dari cerita anak manis ini, Ibu kandungnya menyerahkan dia kepada rakan baiknya yang juga kini menjadi Ibu angkat beliau.
    
     Emak terpaksa menghantar saya kesini kerana katanya masa depan saya akan lebih cerah kerana dia juga tidak mampu menjaga saya dan sekarang dia bekerja di Kuala Lumpur, katanya yang kini bakal memasuki Giatmara mendaftar bagi kursus masakan.

    


 
SITI NOR SOLEHAH & SITI NOR FATIHAH

     Raut wajah kembar perempuan, Siti Nor Solehah Mazlan, 9 dan Siti Nor Fatihah, 9 sungguh comel, namun umur semudanya sudahpun hidup berdikari tanpa ibu di sisi, Siti Nor Solehah yang lebih petah berbicara begitu seronok bercerita mengenai ibunya yang tinggal di Ceruk To'kun Bukit Mertajam.

     Sudah dua bulan kami tidakjumpa emak, dulu masa mula-mula masuk ke wisma yatim, kami berdua setiap malam menangis dan tak mahu duduk di sini, kami rindukan emak, setiap hari ingat emak di rumah. Kalau rindu kami akan telefon emak, emak hantar kami ke rumah anak yatim sejak berusia 7 tahun dan kami tahu emak susah, jadi kami kena masukrumah anak yatim. Kami mahu balas jasa emak yang bersusah payah untuk kami adik beradik, kami mahu belajar rajin-rajin.....








NORSYIFAA ZAINUL ABIDIN


     Hidup sebagai anak yatim tidak sesunyi yang disangka, hubungan yang erat di antara sesama penghuni membolehkan kerinduan yang menebal terhadap ibu di kampung dapat dikurangkan, Norsyifaa Zainul Abidin, 16 berkata, jika di rumah ibunya yang akan membasuh baju dan mengemaskan rumah serta bilik, tetapi di rumah anak yatim segalanya dilakukan sendiri. 

     Di sinikami hidup seperti adik beradik, yang mana kecil anggap kami kakak, dan yang sudah besar seperti kami banyak membantu yang kecil,membasuh baju, mengemas katil dan melipat kain semunya dilakukan sendiri. Saya menghuni rumah ini sejak 2009 bersama dengan seorang adk perempuan dan seorang adak lelakid9i Wisma Yatim Lelaki  Pulau Pinang. Saya sangat rindukan emak saya, dan saya sangat rindukan Nasi Goreng Ayamnya, katanya yang sudah kematian bapa. 



Begitu sukarnya kehidupan yang dilalui anak-anak yatim ini, dan itulah diantara cebisan pengalaman sukaduka mereka yang sempat dikongsi bersama.Bagi anda yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah merekadengan secukupnya, sesungguhnya kasih ibu bapa membawa ke syurga.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan