Ahad, 8 Januari 2012

ANDAI ITU TAKDIRNYA


RASMATIN ABDUL RAHMAN @ OTHMAN

     Bapanya sudah meninggal sejak dia masih kecil, sementara itu ibu pula lumpuh dan kemudian mengikut bapanya pulang ke Rahmatullah sejak dia berusia 11 tahun lagi. itulah takdir dan dugaan berat yang ditanggung Rasmatin Abdul Rahman @Othman, 17 mengenai kematian kedua orang tuanya.saya hanya ingat emak yang lumpuh ketika itu seronok menonton televisyen bersama saya, itulah di antara kenangan yang melekat kuat dalam ingatan. saya sudah tidak ingat apa kenangan lain bersama emak, kerana emak sudah tiada sejak saya masih kecil,hanya gambar kedua ibu bapanya yang tersimpan rapi dalam dompet.



MAS IDAYU ABDULLAH

     Saya rasa saya tidak mahu cari emak kandung saya lagi, demikian pengakuan iklas Mas Idayu Abdullah, 18 yang mula menghuni Wisma Yatim Islam Pulau Pinang sejak berusia 15 tahun. Dari cerita anak manis ini, Ibu kandungnya menyerahkan dia kepada rakan baiknya yang juga kini menjadi Ibu angkat beliau.
    
     Emak terpaksa menghantar saya kesini kerana katanya masa depan saya akan lebih cerah kerana dia juga tidak mampu menjaga saya dan sekarang dia bekerja di Kuala Lumpur, katanya yang kini bakal memasuki Giatmara mendaftar bagi kursus masakan.

    


 
SITI NOR SOLEHAH & SITI NOR FATIHAH

     Raut wajah kembar perempuan, Siti Nor Solehah Mazlan, 9 dan Siti Nor Fatihah, 9 sungguh comel, namun umur semudanya sudahpun hidup berdikari tanpa ibu di sisi, Siti Nor Solehah yang lebih petah berbicara begitu seronok bercerita mengenai ibunya yang tinggal di Ceruk To'kun Bukit Mertajam.

     Sudah dua bulan kami tidakjumpa emak, dulu masa mula-mula masuk ke wisma yatim, kami berdua setiap malam menangis dan tak mahu duduk di sini, kami rindukan emak, setiap hari ingat emak di rumah. Kalau rindu kami akan telefon emak, emak hantar kami ke rumah anak yatim sejak berusia 7 tahun dan kami tahu emak susah, jadi kami kena masukrumah anak yatim. Kami mahu balas jasa emak yang bersusah payah untuk kami adik beradik, kami mahu belajar rajin-rajin.....








NORSYIFAA ZAINUL ABIDIN


     Hidup sebagai anak yatim tidak sesunyi yang disangka, hubungan yang erat di antara sesama penghuni membolehkan kerinduan yang menebal terhadap ibu di kampung dapat dikurangkan, Norsyifaa Zainul Abidin, 16 berkata, jika di rumah ibunya yang akan membasuh baju dan mengemaskan rumah serta bilik, tetapi di rumah anak yatim segalanya dilakukan sendiri. 

     Di sinikami hidup seperti adik beradik, yang mana kecil anggap kami kakak, dan yang sudah besar seperti kami banyak membantu yang kecil,membasuh baju, mengemas katil dan melipat kain semunya dilakukan sendiri. Saya menghuni rumah ini sejak 2009 bersama dengan seorang adk perempuan dan seorang adak lelakid9i Wisma Yatim Lelaki  Pulau Pinang. Saya sangat rindukan emak saya, dan saya sangat rindukan Nasi Goreng Ayamnya, katanya yang sudah kematian bapa. 



Begitu sukarnya kehidupan yang dilalui anak-anak yatim ini, dan itulah diantara cebisan pengalaman sukaduka mereka yang sempat dikongsi bersama.Bagi anda yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah merekadengan secukupnya, sesungguhnya kasih ibu bapa membawa ke syurga.....


Sabtu, 7 Januari 2012

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN PEYATIM 2011

KUMPULAN NASYID PEREMPUAN PEKAYIPP

Majlis Tilawah Al-Quran PEYATIM Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 5 Jun - 9 Jun 2011 di Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) Nilai, Negeri Sembilan yang telah di rasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamed Bin Haji hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan sementara Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah oleh DYAM Tuanku Muhriz Ibni Allmarhum Tuanku Munawir, Yang Dipertua Besar Negeri Sembilan.



SITI NUR AISYAH ( JOHAN PERTANDINGAN  DEKLAMASI SAJAK )

AMINUL FITRI ( SAJAK )


SITI NUR AISYAH ( SAJAK )

KUMPULAN NASYID LELAKI PEKAYIPP


NUR AINUL SYAHIDA ( SYARAHAN BAHASA MALAYSIA )









MOHD ZAIDI ( TILAWAH AL-QURAN )




SOLEHIN ( AZAN )




ALIA NATASYA ( HAFAZAN )


SOLEHIN ( TILAWAH )



NUR SYAFANANI ( SYARAHAN BAHASA INGGIRIS )




NADIA ZAINUDDIN ( TILAWAH AL-QURAN )















SUKYA KE VI

Satu lagi acara sukan tahunan, SUKYA Peringkat Kebangsaan kali ke 7, telahpun diadakan di Stadium Tertutup kompleks Sukan Negeri Terangganu Darul Iman pada 14 Mac sehingga 18 Mac 2010. Acara sukan telah diwakili oleh Encik Ahmad Azahari selaku Tetua kontijen. Para peserta telah ditempatkan di asrama Sekolah Menengah Bukit Besar, Terangganu. Majlis Sukan SUKYA ini telahpun dirasmikan oleh YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom ( B ), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 14 Mac 2010 ( Ahad ) di  Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terangganu Darul Iman, manakala Majlis Penutupan Rasmi telah di sempurnakan oleh YAB Dato' Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terangganu Darul Iman pada 17 Mac 2010.

Lebih kurang 90 orang peserta, dan juga pengiring dari Persekutuan ini telah menghadiri Majlis Sukan SUKYA ini. Pihak Persekutuan telah mengambil bahagian dalam kesemua acara ( 13 acara ).

Majlis Sukan SUKYA yang akan berlansung pada tahun 2012 iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

PENGHUNI WISMA YATIM ISLAM PULAU PINANG BERHARI RAYA DENGAN DATO' SITI NURHALIZA


Gambar kenangan bersama Dato' Siti

Penghuni Wisma Yatim beramah mesra dengan Dato' Siti

















Baca Yaasin







PENGHUNI WISMA YATIM PEREMPUAN ISLAM PULAU PINANG MENERIMA TETAMU DARI PELATIH PLKN

Mendengar ucapan kata aluan salah seorang Jawatankuasa Wisma yatim






Penghuni Wisma Yatim Perempuan beramah mesra dengan pelatih PLKN


Perlawanan persahabatan Bola Jaring antara Wisma Yatim Perempuan dengan pelatih PLKN



Wisma Yatim Perempuan telah menewaskan pelatih PLKN  dengan 17 - 2



Encik Mohamad mewakili Ahli Jawatankuasa Wisma Yatim menerima sumbangan iklas dari Komander PLKN


Gambar kenangan penghuni Wisma Yatim Perempuan bersama pelatih PLKN



SEJARAH PERSEKUTUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM PULAU PINANG


          Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang. telah wujud semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1942.Ketika itu Pentadbiran dan pengurusan terhadap anak-anak yatimtidak teratur dengan sempurnanya. Keadaan ini telah berterusan hinggalah tahun 1995, bermula dari tahunitu juga, persekutuan ini telah didaftarkan dengan rasminya di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan damn mempunyai bangunan sendiri yang dibina atas sebidang tanah wakaf, di Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang.
         
          Persekutuan ini dikendalikan oleh badan yang dinamakanAhli Jawatankuasa Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang. Ahli Jawatankuasa ini bertanggunjawab secara langsung untuk menerima dan memelihara anak-anak yatim lelaki, yang mana mereka bukan sahaja anak-anak yatim dari negeri Pulau Pinang, malahan terdapat ramai diantara dari Negeri Kedah, Perak dan lain-lain negeri diterima menjadi penghu di Wisma Yatim ini, Ahli Jawatankuasa ini juga bertanggunjawab dan berusaha bagi mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai pengurusan di Wisma Yatim ini.

          Denagn inisiatif Ahli Jawatankuasa Persekutuan dibawah pimpinan Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Yusof Latiff, pada tahun 1985, diwujudkan pula sebuah bangunan yang dinamakan Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, di atas sebidang tanah yang dipajakkan oleh Kerajaan Negeri kepada Persekutuan ini, di Jalan Scotland, Pulau Pinang.







WISMA YATIM LELAKI ISLAM PULAU PINANG
173, Jalan Air Itam, 11400 Pulau Pinang









WISMA YATIM PEREMPUAN ISLAM PULAU PINANG
79, Jalan Scotland, 40450 Pulau Pinang